Monday 15 September 2014

Kemusykilan Harta Pusaka

Salam tuan, Ana ada kemusykilan minta pencerahan.

Moyang lelaki, perempuan, Datuk (Haji Samad) nenek ( Hajah Siti Fatimah), adik bearadik datuk nenek semua sudah meninggal. Datuk dan nenek punya 10 orang anak termasuk bapa ana (3P) (7L). 1 anak lelaki (Ibrahim) telah di menjadi anak angkat sejak lahir kepada Haji Sidek. Yang masih hidup hanya bapa ana (Haji Umar - adik) dan (Ibrahim Haji Sidek - abang) seperti berikut:

1. Maktua Shamsiah dan suami (meninggal dulu dari arwah datuk). 1 anak perempuan mereka juga telah meninggal.
2. Paktua Haji Alias (tidak berkahwin dan telah meninggal lebih dahulu dari datuk).
3. Paktua Mohd Shah dan isteri telah meninggal. 8 anak (3L) (5P) semua hidup.
4. Maktua Hajah Taksiah dan suami telah meninggal. 7 anak (6L) (1P) semua hidup.
5. Paktua Akasah meninggal isterinya Maktua Esah masih hidup. 6 anak (2L) (4P) semua hidup.
6. Paktua Ibrahim telah di bin kepada Haji Sidek (anak angkat). 2 isteri dan telah meninggal. isteri 1 ada 2 anak perempuan dan 1 sudah meninggal. isteri kedua punya 4 anak (2L) (2P) dan masih hidup.
7. Paktua Sahar dan isteri telah meninggal. 3 anak (1L) (2P) dan 1 anak perempuan telah meninggal sewaktu kecil lagi.
8. Maktua Yot dan suami telah meninggal. 8 anak (4L) (4P) dan 1 anak lelaki sudah meninggal.
9. Bapa saya Haji Umar bin Haji Samad dan isteri  Hajah Tuminah binti Haji Johari masih hidup (kini). 5 anak (3L) (2P). semua hidup termasuk saya Seorang guru di SMK Ampang Pecah KKBsebagai wakil bapa (Mohd Norhizar bin Haji Umar).
10. Pakcik Subaha sudah meninggal dan isteri Endon. 5 anak (2L) (3P).

Masalah:

1. Abah ingin menuntut kuasa atas sebidang tanah status pertanian yang dalam penilaian jabatan penilai hanya berjumlah tidak sampai RM 15,000 (nilaian 2 tahun lepas) atas desakan Maktua Esah tetapi mendapat tentangan dari seluruh cucu cicit malah Endon juga telah menabur fitnah mengatakan abah menghalaunya dari rumah yang diduduki sekarang (rumah arwah nenek yang dibina oleh abah dan emak saya).
2. masing2 konon tak mahu masuk campur kerana sejak arwah datuk dan nenek hidup puluhan tahun lalu, abah yang membayar cukai tanah, menjaga datuk nenek dll (tidak mahu memudahkan bicara kuasa / membenarkan abah menjadi wasi / pengurus harta sebagaimana yang telah diamanahkan oleh semua abang dan kakaknya semasa mereka masih hidup lagi (hal ini tidak diberitahu kepada anak cucu cicit, tidak dihibahkan, tiada surat hitam putih dll, tetapi saksi mesyuarat / perbincangan itu Maktua Esah dan Paktua Ibrahim masih hidup, malah mereka hanya buat tak tau je dan berani pula menuduh yang bukan2 atas desakan anak cucu cicit kepada abah dan mak (kini telah dipulaukan oleh orang kampung dan saudara mara, SEDIH BETUL).
3. mereka menyuruh jual sahaja dan bagi2kan duitnya. ABAH sebagai anak kandung DATUK berazam untuk membelinya demi menjaga PUSAKA sdikit yang ditinggalkan arwah datuk.
4. Kami sudah ke pejabat tanah (minta nasihat dll / borang dll) tetapi mereka semua tidak mahu tandatangan dll, malah menyembunyikan / menyimpan surat2 tersebut.
5. Kami sudah bertanyakan beberpa orang peguam dan katanya SULIT LAGI RUMIT.
6. kami disarankan untuk ke MAHKAMAH SYARIAH Shah Alam oleh pejabat tanah KKB kerana masalah ini.
7. Apakah pandangan tuan? Mohon pencerahan dll agar ABAH dgn MAK tidak SEDIH / MURAM / MALU / TERSISIH / DLL.
8. Nombor telefon ABAH / MAK : 03 - 60912519  dan alamat 898A KAMPUNG SUNGAI CHOH RAWANG.
9. Harap TUAN dapat membantu segera. TK. Wassalam